Sabtu, 16 April 2011

Tips cara untuk memikat lelaki

• Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
• Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
• Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
• Jujur dan sentiasa merendah diri.
• Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
• Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
• Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
• Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
• Jangan terlalu mengongkong.
• Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
• Jangan bersikap terlalu kuno.
• Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
• Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
• Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
• Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
• Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
• Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
• Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
• Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
• Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
• Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar